Perbedaan antara core i3,i5 dan i7

22.23 Unknown 0 Comments


Intel Core i3, Core i5 dan Core i7 telah berada di dalam dunia IT beberapa tahun yang lalu. Walaubagaimanapun saya dapati ramai yang masih tidak mengenali antara satu sama lain processor-processor ini. Jika kita lihat dari segi pandangan kasar, sudah semestinya semakin tinggi versi atau generation maka semakin tinggilah dia punya power.

Di sini saya bukan mau cerita siapa hebat siapa menang tetapi saya ingin menceritakan perbedaan ketiga-tiga jenis processor ini.Banyak orang yang beranggapan i3 mempunyai 3 core dan i5 mempunyai 5 core dan begitulah i7 mempunyai 7 core. Sebenarnya semua itu adalah tidak benar sama sekali.

Perbedaan antara i3, i5, dan i7 secara lebih terperinci

 

Ok apa yang dapat kita buat perbedaan di antara ketiga-tiga processor ini adalah dengan melihat berapa banyak Core, Clockspeed (in GHz), saiz Cache dan technology yang terkini seperti Turbo Boost dan HyperThreading.

Jadi seperti yang anda lihat gambar di atas apa yang saya dapat simpulkan:-

i3 = 3 star
i5 = 4 star
i7 = 5 star

So berapa star untuk celeron dan pentium?

Celeron = 1 star
Pentium = 2 star

Jadi anda sudah lihat dari segi kategori dari STAR yang diberikan. Sekarang ini kita akan lihat Berapa banyak Core untuk ketiga-tiga jenis processor ini.

Apa dia CORE?

Ibarat otak semakin banyak otak makin semakin banyak kerya yang boleh dilakukan dalam satu-satu masa. Begitulah sebaliknya.

i3 adalah yang paling sedikit mempunyai core dari kelasnya yang tersendiri. Bagi i3 keseluruhan hanya ada 2 core saja dan juga boleh dikatakan dual-cores. i5 pula mempunyai Quad-Core yaitu 4 Core kecuali i5-661 yang mempunyai hanya dual-core dan mempunyai clock speed yang sama seperti i3-560 yaitu 3.33 GHz.

Jenis Processor dan Core
i3 = 2 Core
i5 = 4 Core kecuali i5-661 (2 Core)
i7 = 4/6 Core

Apa yang menyebabkan anda perlu beli i5-661 berbanding i3-560? Walaupun jumlah Core dan Clockspeed sama? Jawabannya i5-661 mempunyai technology Turbo Boost.

Apa dia Technology Turbo Boost? 
Teknologi ini adalah dengan menaikkan ClockSpeed dengan dinamik apabila diperlukan. Ia akan menaik mengikut jumlah Core yang sedang aktif semasa itu saja. So jika 1 core saja yang bergerak maka clockspeed akan naik pada 1 core saja dan juga akan menghematkan tenaga dan suhu processor.

Selain itu Turbo Boost ini juga boleh dikatakan dalam bahasa simple adalah OverClocking (OC) yang sering para-para gamers lakukan sekarang ini. Untuk lakukan OC memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi supaya proccesoor anda tidak melebihi heat yang sepatutnya. Jadi sedikit sebanyak teknologi Turbo Boost membantu anda untuk OC dengan cara yang lebih efisyen dan mudah.

Apa itu Cache di dalam Processor?


Cache dalam bahasa mudah anda boleh anggap fungsinya seperti RAM tetapi lebih jauh kerana dicipta di dalam CPU itu sendiri. Ok tugasnya adalah untuk menyimpan data sementara. Tanpa Cache CPU akan membaca dari hard disk anda, dimana akan mengambil masa yang agak lama.

Secara basicnya RAM mempercepatkan hubungan dengan Hard Disk dan Cache akan mempercepatkan hubungan dengan RAM.

Jenis processor dan Cache

i3 = 3 MB
i5 = 6 MB kecuali i5-661 (4MB)
i7 = 8/12 MB

Jadi kesimpulannya semakin besar sesuatu Cache maka semakin banyak data yang bisa diakses semakin cepat.

0 komentar: